Thursday, October 13, 2011

Kejohanan Tertutup Rugby Antara Rumah Sukan(F2) dan Rugby Antara Kelas(F4)

Pada 9HB Oktober yg lalu, kelab RAGBI SISME SCORPION telah mengadakan pertandingan ragbantara kelas 7 sebelah dan antara rumah sukan sebelah. Kejohanan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 2.30 petang. Bagi kategori bawah 14 tahun, rumah sukan PROTON telah berjaya mendominasi seluruh perlawanan dengan berjaya menewaskan semua pasukan yang mencabar. Bagi kategori bawah 16 tahun, kelas 4 Newton telah berjaya menjadi johan keseluruhan menewaskan kelas 4 Einstein 17-14.










ARrazi(IMPORT)

MODENAS

BENZ

PROTON




EINSTEIN

IKHWAN YAHAYA


BENZ


TELEKOM
NEWTON






ARAIIIII





p/s : full result dan pic final akan diupdate secepat mungkin.

MSSM U-15 2011

Latihan Persediaan pasukan bawah 15 tahun


1. Latihan fitness:

1.1 memastikan pemain skuad bawah 15 tahun mempunyai kecergasan yang cukup semasa menyertai perlawanan.

1.2 Memastikan setiap pemain melakukan 5 pusingan padang sebelum memulakan latihan.

1.3 Latihan berikutnya adalah Auckland square.setiap pusingan adalah 10 minit.

1.4 Latihan berikutnya adalah sidepass selama 10 minit.

1.5 Kemudian rehat 5 minit.

1.6 Seterusnya larian pecut 50 meter mengikut pasangan.

1.7 Kemudian shuttle run


2. Latihan fizikal:

2.1 Setiap pemain mesti memilih pasangan masing-masing.

2.2 Permulaan latihan adalah regangan badan berpasangan.

2.3 Kemudian situp mengikut pasangan.

2.4 Kemudian push up mengikut pasangan.

2.5 Kemudiaan latihan perut- dayung,basikal,angkat kaki.

2.6 Kemudian latihan kaki,duduk separuh dengan pasangan atas bahu.



3. Latihan Tactical

3.1 Pemain akan dibahagikan kepada dua pasukan iaitu forward dan backline. (scrumhalf akan dibahagi mengikut keperluan latihan)

3.2 Latihan forward: -

3.2.1 latihan pertama forward akan dibahagi kepada dua pasukan(satu menyerang dan satu bertahan).kemudian,pasukan yang menyerang hendaklah membawa bola,dan menyerang ke arah lawan manakala pasukan bertahan hendaklah menahan pasukan lawan daripada terus mara ke kawasan mereka.scrumhalf diperlukan dalam latihan ini untuk pasukan menyerang.kawasan latihan adalah dalam kawasan 10 meter line out.setiap satu try yang diperolehi oleh pasukan menyerang akan diberikan 10 push up manakala 10 situp akan diberikan kepada pasukan bertahan.Setiap pusingan diberikan 5 minit,kemudian tukar antara posisi menyerang dan berthan.

-kesimpulannya:membaiki kesilapan pemain dalam menyerang(rucking,penetration dan sebagainya) dan membaiki kesilapan pemain dalam bertahan(teknik yang betul semasa tackle,cara yang betul menguruskan tekanan dari pemain lawan) serta melatih scrumhalf dalam mengatur forward.



3.2.2 Latihan kedua pula adalah latihan line out.forward masih dibahagikan dalam dua kumpulan.setiap satu kumpulan akan dibahagikan 3 orang,iaitu 2 prop dan 1 hooker.dua kumpulan akan menghadap pasukan masing-masing dan melakukan line secara bergilir.latihan ini akan dijalankan selama 10 minit. Sesi kedua untuk latihan line out adalah latihan mengikut line out sebenar berdasarkan perlawanan. Scrumhalf diperlukan dalam latihan ini.lakukan line out ini dalam tempoh masa 10 minit dan setiap pemain hendak lah bertukar-tukar posisi dengan rakan mereka setiap kali lineout.

3.2.3 Latihan ketiga untuk forward adalah scrum.seperti biasa forward akan dibahagikan dalam dua kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai scrumhalf . Setiap pasukan hendaklah melakukan scrum sesama pasangan di dalam pasukan. Bagi menguatkan belakang dan kaki. Latihan ini hendaklah dilakukan bersama duduk separuh semasa scrum sebanyak 30 kali 3 set. Sesi kedua pula adalah melakukan scrum yang sebenar.hooker hendaklah memenangi bola dan scrumhalf hendaklah memastikan bola keluar kepada senior yang menjaga pasukan masing-masing.kepada pasukan yang menang bola 10 push up akan diberikan dan kepada team yang kalah 10 situp akan dikenakan sebagai hukuman.tempoh masa latihan adalah 10 minit.



3.3 Latihan Backline:

3.3.1 Latihan backline hendaklah mempunyai seramai 12 orang minimum. Dua standoff,empat center,empat wing dan dua fullback,dua scrumhalf(bergantung atas latihan)

3.3.2 Backline juga akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai satu standoff,dua center,dua wing dan satu fullback.

3.3.3 Latihan pertama ialah passing.setiap pasukan hendaklah bersedia menerima bola dalam keadaan kickoff.senior yang memantau setiap pasukan akan menendang sebiji bola kepada pasukan jagaannya,kemudian standoff mestilah mengatur serangan mengikut strategi yang telah dibincangkan.setiap gerakan mestilah tiada kesalahan seperti knock on dan sebagainya.setiap kali bola jatuh pasukan tersebut hendaklah melakukan 10 kali situp.tempoh masa latihan adalah 10 minit.

3.3.4 Latihan kedua adalah rucking.setiap pasukan akan diberikan peranan sebagai penyerang dan pertahanan.setiap pasukan yang menyerang hendaklah mendapatkan try dengan melakukan serangan yang mempunyai 3 kali rucking.dan paukan yang bertahan hendaklah cuba untuk mendapatkan bola dengan cara intercept.setiap pasukan akan diberikan sebanyak 3 kali cubaan menyerang dan 3 kali cubaan bertahan.pasukan yang kalah akan didenda untuk lari 3 round padang dan pasukan yang menang akan melakukan sit up dan push up sebanyak sepuluh kali setiap satu.

3.3.5 Latihan ketiga adalah latihan mengikut posisi.Standoff,fullback dan scrumhalf akan berlatih bersama,manakala cnter dan wingakan berlatih satu kumpulan.Latihan untuk kumpulan scrumhalf,fullback dan standoff ialah,latihan kicking.Latihan mereka berdasarkan posisi iaitu kedua-dua scrumhalf akan berlatih cara clearance kick semasa scrum dan mauling,manakala fullback pula hendaklah berlatih clearance kick dari 10 meter pasukan sendiri.Standoff pula akan berlatih 3 jenis kick iaitu conversion kick,punting dan drop kick.Center dan wing pula akan berlatih lebih kepada handling,passing,dan speed.tempoh masa latihan adalah 30 minit.

3.3.6 Latihan keempat adalah perlawanan tujuh sebelah antara dua pasukan backs.perlawanan akan berlangsung selama dua half selama 7 minit-1minit-7 minit.perlawanan yang dijalankan hanya akan melibatkan permainan backs sahaja.Jadi,tiada scrum dan lineout akan dijalankan.keserasian dan kebolehan pemain akan dilihat daripada perlawanan ini.Kebolehan pemain akan diukur dan dinilai dari segi kecergasan,disiplin,multi-position dan keserasian dalam pasukan.

3.4 Latihan bersama

3.4.1 Forwards dan backs akan digabungkan menjadi satu goup dan dibahagikan mengikut pasukan 10 sebelah. Kemudian setiap pasukan diberi masa 5 minit untuk membincangkan strategi dan memilih peranan dalam pasukan. Kemudian beberapa sesi permainan akan dijalankan sekali lagi untuk menentukan keserasian satu pasukan dan memilih lima belas pemain terbaik dalam skuad.

3.4.2 Latihan pertama ialah permainan softball menggunakan bola ragbi. (original idea from COBRA) –motif permainan adalah untuk belajar kicking,menyambut bola,koordinasi pasukan,kerjasama,dan mendengar arahan kapten.Ini sesuai untuk release tension semasa training

3.4.3 Latihan kedua adalah permainan pseudo-rugby: kedua-dua pasukan akan beratur di garisan tepi padang.seperti biasa dua pasukan ini akan diberikan peranan sebagai penyerang dan pertahanan.senior akan membaling bola ragbi ke udara,maka pasukan yang menyerang akan masuk ke padang untuk bersedia menyerang.kemudian apabila bola jatuh ke tangan senior tesebut,maka pasukan pertahanan mula masuk ke padang dan bola akan di-pass ke pasukan menyerang untuk melakukan serangan.serangan yang dibuat hendaklah mengikut arahan standoff atau kapten.kemudian apabila wisel dibunyikan,senior akan memberikan bola kepada salah satu pasukan untuk membuat serangan di tempat dia berdiri dan sebaliknya.

3.4.4 Latihan terakhir adalah perlawanan pemilihan untuk lima belas pemain terbaik untuk mewakili pasukan bawah 15 tahun.

strategi by ex coach
atlantis..

anda mungkin nak tackle topic nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...