Saturday, July 16, 2011

Friendly Bersama Alumni










SbPIs: Bertempat Di padang SBPI Selandar, Alumni SISME telah berkunjung ke SBPIS untuk mengadakan program Persabahatan RAgbi untuk menunjukan bakat-bakat yang telah tidak diasah menentang Sisme Scorp tingkatan 4 dan 5.Ex-sisme diketuai oleh kapten Nizam Malik dibantu oleh jurulatih ahmad abu samah telah menunjukan semangat berkobar2 menentang form 4 dan 5.Keputusan adalah seri dimana form 4 berjaya ditewaskan tetapi f5 melipat team alumni semula..Perlawanan persabahatan ini menandakan ex-sisme bakal mempunyai kelab rugby alumni pada masa-masa akan datang di mana kerjasama untuk membentuk pasukan ini dilihat pada tahap terbaek.Ramai star2 rugby zaman sekolah menunjukkan kehebatan seperti nizam batch pertama/kedua berjaya melakukan try pertama untuk alumni belum lagi kelibat bob, ahmad, besi, pau , aizat,rezik, pau dan pemain import seperti azri dan syazwan..Semoga persahabatan seperti ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang..syabas diucapkan

Wednesday, July 13, 2011

KEBANGKITAN RAGBI MALAYSIA: MALAYSIA JUARA ARFU U20 7's

JOHOR BAHRU, 11 JULAI 2011 - SKUAD BAWAH 20 TAHUN MALAYSIA di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan Wan Ibrahim Wan Chik telah berjaya mengharumkan nama negara setelah semalam muncul juara Asian Rugby Junior Sevens Tournament-ARFU U20 7's yang telah berlangsung pada 9 & 10 Julai 2011 di Johor Bahru.

Kejuaraan peringkat Asia tujuh sepasukan bawah 20 tahun ini kali pertama di adakan di Malaysia. Ia telah menampilkan enam (6) buah negara iaitu Hong Kong (IRB World 27), Khazakhstan (IRB World 32), Singapura (IRB World 52) MALAYSIA (IRB World 57), Uzbekistan dan Brunei.

Malaysia U20 cemerlang harungi kejuaraan kali ini dan berjaya menewaskan semua pasukan dalam pusingan awal. Peringkat separuh akhir, Malaysia U20 menewaskan pasukan pilihan, Khazakhstan (40-00) dan mara ke final bertemu Hong Kong.

Pertemuan Malaysia dan Hong Kong amat sengit. Separuh masa pertama Malaysia U20 mendahului Hong Kong dengan mata 15-07 dan hasil persefahaman dan semangat juang yang tinggi, Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong (34-14)

sumber : Sukan Daily

Monday, July 11, 2011

Gambar-gambar Sekitar Royal 7's

Pada 2-3 July 2011 yg lalu, pasukan ragbi SBPIS telah menghantar pasukan ragbi u-16 ke kejohanan Royal 7's di Negeri Sembilan. Bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Pasukan SBPIS telah menyertai kategori bawah 19 tahun. Kami kecundang pada peringkat Semi Shield.




paan ready





anda mungkin nak tackle topic nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...