Sunday, April 4, 2010

Citer dulu-dulu





Kebangsaan
Pertandingan Ragbi MSSM-Milo anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2009 telah selesai diadakan di Kota Baharu Kelantan pada 19- 23 November. Pertandingan ini disertai oleh 24 buah sekolah yang telah menjadi johan dan naib johan negeri masing-masing. Sebanyak 11 buah sekolah SBP telah berjaya mewakili negeri ke kejohanan ini. Pertandingan ini telah dimonopoli oleh SBP apabila Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban Negeri Sembilan telah menjadi johan dengan mengalahkan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Kedah. Tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Selangor dan tempat keempat Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Tahniah dan syabas, sesungguhnya SBP terus cemerlang dalam acara ragbi di Malaysia.


Zon Selatan


Kejohanan Ragbi SBP 10 's B-15 Zon Selatan telah diadakan pada 23-25 Oktober 2009 yang dianjurkan oleh Sekolah Menenengah Sains Johor dengan kerjasama Unit Kokurikulum SBP. Ia melibatkan 10 buah pasukan ragbi dari 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Objektif kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat baru dikalangan pelajar SBP selain dari memenuhi aktiviti selepas PMR.

Perlawanan akhir kejohanan tersebut telah diadakan pada 25 Okt 2009 bertempat di Padang A Sekolah Menengah Sains Johor. Bagi kategori plate SBPI Selandar menjadi johan setelah mengalahkan SBPI Jempol 26-0. Manakala Kategori Cup SMSJ A telah menjadi johan setelah mengalahkan

SAKTI A dengan keputusan 8-5.

Wednesday, February 24, 2010

Ceritera Rugby sbpis











Utem, 24 feb:Pasukan sbpis telah mengadakan perlawanan persahabatan di Utem di mana perlawanan diantara politeknik merlimau dan utem telah diadakan.pasukan sbpis berjaya menewaskan politeknik merlimau dalam perlawanan 10`s dan seri dengan utem dalam perlawanan 7`s.Diharapkan pasukan sbpis akan lebih gigih melakukan persiapan untuk kejohanan 7`s bawah 18 MSSMNM 2010 pada april ini.

Friday, February 19, 2010

Latihan u-18


Latihan u-18 akan bermula selepas cuti raya tahun baru cina.kepada pemain-pemain yang berminat untuk menjadi pemain ragbi sbpis untuk kejohanan u-18 sila turun untuk latihan dan pemilihan.hanya yang terbaik dari yang terbaik akan dipilih .Kemungkinan besar tahun ini pertandingan berformat 15`s.Untuk pengetahuan semua pemain, sbpis masih belum pernah masuk kategeri cup bawah 18 tahun .Diharap tahun ini pasukan sbpis akan dapat memasuki kategori Cup seterusnya menjuarainya.kerajinan untuk turun berlatih amat diperlukan untuk memastikan matlamat tercapai

Tempat latihan :Padang Sekolah
Masa : 5.00-6.30 ptg
Kejohanan :MSSMNM U-18 ( 15`s)
Pengurus : Mohd Lazim bin Syukor
Jurulatih : Mohd Hafiz bin Mahat
Target Pemain:Tingkatan 2-5

Tuesday, January 26, 2010

Zaman dulu-dulu..









Gambar kenangan-kenangan pemain-pemain ragbi Sbpis 2003-2009..Pelbagai suka dan duka dilalui bersama ..

Sunday, November 15, 2009

KEJOHANAN RAGBI MSSM U-15 DI KELANTAN



Pasukan ragbi sbpis telah terpilih menjadi wakil melaka ke pertandingan ragbi u-15 kebangsaan yang akan di adakan di kelantan pada 20-23/ 11/ 2009. Sesi latihan pagi dan petang telah diadakan untuk persediaan ke kejohanan .Semoga pasukan ragbi akan berjaya mengharumkan nama Melaka seterusnya menaikan imej SBPIS sebagai pasukan elit ragbi negeri melaka yang baru .Selamat maju jaya di ucapkan..doa pengetua , pk1, pk hem, pk koku dan guru-guru mengiringi pelajar-pelajar yang membawa nama sbpis ke kejohanan tersebut.



Wednesday, November 4, 2009

Kejohanan Ragbi MSSMNM U-15, u-14



Kejohanan circuit ke 3 u-14 dan kejohanan u-15 untuk mencari wakil melaka ke peringkat kebangsaan akan di adakan


Tempat kejohanan : SM Teknik Melaka Tengah

Tarikh : 7 dan 8 / 11 / 2009

Masa : 8-5 ptg


semoga pasukan sbpis akan mencipta sejarah menang final Cup 2009 setelah 6 tahun tidak berjaya mencipta kejayaan.Alumni rugby sbpis di jemput hadir memberikan sokongan ..

anda mungkin nak tackle topic nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...