Wednesday, July 13, 2011

KEBANGKITAN RAGBI MALAYSIA: MALAYSIA JUARA ARFU U20 7's

JOHOR BAHRU, 11 JULAI 2011 - SKUAD BAWAH 20 TAHUN MALAYSIA di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan Wan Ibrahim Wan Chik telah berjaya mengharumkan nama negara setelah semalam muncul juara Asian Rugby Junior Sevens Tournament-ARFU U20 7's yang telah berlangsung pada 9 & 10 Julai 2011 di Johor Bahru.

Kejuaraan peringkat Asia tujuh sepasukan bawah 20 tahun ini kali pertama di adakan di Malaysia. Ia telah menampilkan enam (6) buah negara iaitu Hong Kong (IRB World 27), Khazakhstan (IRB World 32), Singapura (IRB World 52) MALAYSIA (IRB World 57), Uzbekistan dan Brunei.

Malaysia U20 cemerlang harungi kejuaraan kali ini dan berjaya menewaskan semua pasukan dalam pusingan awal. Peringkat separuh akhir, Malaysia U20 menewaskan pasukan pilihan, Khazakhstan (40-00) dan mara ke final bertemu Hong Kong.

Pertemuan Malaysia dan Hong Kong amat sengit. Separuh masa pertama Malaysia U20 mendahului Hong Kong dengan mata 15-07 dan hasil persefahaman dan semangat juang yang tinggi, Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong (34-14)

sumber : Sukan Daily

Monday, July 11, 2011

Gambar-gambar Sekitar Royal 7's

Pada 2-3 July 2011 yg lalu, pasukan ragbi SBPIS telah menghantar pasukan ragbi u-16 ke kejohanan Royal 7's di Negeri Sembilan. Bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Pasukan SBPIS telah menyertai kategori bawah 19 tahun. Kami kecundang pada peringkat Semi Shield.




paan ready





Tuesday, June 28, 2011

New Jersey!!!

Gambar2 jersey u-16 potok




p/s. dah x reti nak tambah apa kat blog ni.

Tuesday, June 7, 2011

Royal 7's menanti


Pada 2 Julai ini pasukan rugby SBP Integrasi Selandar akan menyertai satu kejohanan yang besar iaitu NS Royal 7's. Seramai 12 orang pemain akan dipilih, para pemainnya masih belum dipilih lagi. Diharap sewaktu cuti ini para pemain akan tetap menjaga stamina dan speed masing-masing. Doakan kejayaan kami. Kejohanan akan diadakan di padan MPS Seremban, Negeri Sembilan.

Sunday, May 29, 2011

SBP 10`s Di Semashur 27-29 Julai


Pasukan SisMe Scorp adakah sudah bersedia untuk SBP 10`s..Pastikan anda boleh untuk membuktikan sesuatu di Semasyur..anda bkn dibentuk 3,4 bulan..tp da selama 4 tahun..pastikan jgn pulang dengan tangan kosong..Scorpion pasti menganas :)

Tuesday, May 17, 2011

Scorpions Sbpis menganas di Cobra 10`s 2011





Pasukan Scorpion SBPIS sekali lagi berjaya ke Kejohanan Cobra 2011..Setiap pasukan handalan dari setiap negeri bersatu untuk bersaing merebut kejayaan.Pasukan SCORP telah berjaya mara sehingga separuh akhir Bowl..satu peningkatan dari tahun lepas.Juara kejohanan edisi 2011 dimenangi oleh sekolah sukan bandar penawar menewaskan sains selangor.syabas dan usaha lebih lagi untuk mendapatkan lebih kejayaan di SBP 10`s pula.

Monday, May 9, 2011

Ragbi Liga Alumni 2011 : 11hb Jun hingga 12hb Disember 2011

Ragbi Liga Alumni 2011 : 11hb Jun hingga 12hb Disember 2011

by Liga Alumni on Monday, May 2, 2011 at 7:08am

Ragbi Liga Alumni 2011 : 11hb Jun hingga 12hb Disember 2011

Senarai Awal pasukan-pasukan bertanding :

  1. Ansara - Maktab Rendah Sains MARA
  2. ExSAS Eagles - SMS Sultan Haji Ahmad Shah
  3. HSKOBA Ostrich - SMK Tinggi Klang
  4. KD Tytan - SMK Seksyen 10 Kota Damansara
  5. Kusses Barbarians - SMS Kuala Selangor
  6. KYSER Unicorns - Kolej Yayasan Saad
  7. MCOBA Tortoises - Maktab Melayu Kuala Kangsar
  8. OAC - SMK Anderson
  9. OGA Cougars - SMK King George V
  10. OLA Klang - SMK La Salle Klang
  11. OPA - Maktab Tentera Di Raja
  12. RIOBA - SBPI Rawang
  13. Sajoha Vikings - SMS Johor
  14. Saser - SMS Tuanku Munawir
  15. SDAR Lions - Sekolah Datuk Abdul Razak
  16. Sek19 Shah Alam - SMK Seksyen 19 Shah Alam
  17. Semashur - SMS Hulu Selangor
  18. Sesma - SMS Sultan Mahmud
  19. SHOBA - SMK Tinggi Setapak
  20. SMIOB Dugongs - SMK St Michael
  21. SMSOB - SMS Selangor
  22. STAROBA Orange - Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  23. STJOB Warriors - SMS Tuanku Jaafar
  24. XSSAAS - SMK Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam
  25. exSel - SBPI Selandar

Mesyuarat Pengurus Pasukan pada jam 8mlm 13hb Mei 2010. Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Yuran Penyertaan

Yuran Penyertaan – RM300 setiap pasukan.

Yuran Permainan – Dikongsi sama rata di antara kedua-dua pasukan bagi setiap perlawanan.

Format Pertandingan

  • Format pertandingan akan ditetapkan di dalam mesyuarat pengurus tertakluk kepada bilangan pasukan.
  • Pertandingan akan berlangsung di dalam 2 peringkat : Peringkat Liga dan Pusingan Kejuaraan
  • Peringkat Liga merebut Perisai Shukri bagi Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3 dari 11hb Jun hingga 30 Julai 2011.
  • Pusingan Kejuaraan bagi merebut Perisai Perdana dan Gelaran Johan Perdana dari 1hb Oktober hingga 21hb Disember 2011.

Kelayakan Pemain

  1. Setiap pasukan perlu mendaftar tidak lebih daripada 35 pemain yang mana sekurang-kurangnya 18 orang mesti terdiri daripada ahli-ahli persatuan sendiri.
  2. Pasukan-pasukan yang menjadi ahli gabungan mana-mana Kesatuan Ragbi dibenarkan menurunkan pemain-pemain berdaftar KRM mereka bagi tahun 2011 tertakluk kepada syarat-syarat 4 & 5 di bawah.
  3. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 8 orang pemain jemputan tertakluk kepada syarat-syarat 4 & 5 di bawah.
  4. Pemain yang mewakili pasukan-pasukan negara dan senior negeri serta terlibat di dalam kejohanan peringkat kebangsaan anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia bagi tahun 2010-11 tidak dibenarkan mengambil bahagian melainkan mereka merupakan ahli Persatuan Alumni terlibat DAN merupakan pemain berdaftar semasa Kelab di bawah skim pendaftaran pemain Kesatuan Ragbi Malaysia DAN Kelab Ragbi Alumni merupakan ahli gabungan Kesatuan/Persatuan Ragbi tempatan.
  5. Pemain yang terlibat di dalam pertandingan NICC 2010-11 dan Kejohanan Kebangsaan peringkat junior diberikan kelonggaran untuk mewakili persatuan alumni sendiri sahaja.
  6. Pemain mesti terdiri daripada warga negara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas atau telah tamat menduduki peperiksaan SPM.
  7. Pemain mesti bebas daripada hukuman gantung Kesatuan Ragbi Malaysia dan ahli-ahli gabungannya.

anda mungkin nak tackle topic nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...