Friday, September 30, 2011

Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Melaka Maju Sempena Melaka berteknologi Hijau

Pada 17 & 18 September yg lalu, pasukan ragbi SBPIS( Scorps) telah menyertai kejohanan ragbi Melaka Maju. Pasukan ragbi bawah 13 tahun telah menjunjukkan prestasi yang baik. Ini terbukti apabila mereka telah bermain di peringkat CUP/PLATE. Ini merupakan pencapaian terbaik bagi pasukan U13. Bagi pasukan U14 pula, mereka telah bermain di peringkat BOWL. Malang bagi mereka, mereka kecundang di SEMI FINAL BOWL. Walau apapun, TAHNIAH DIUCAPKAN!!!!












Wednesday, September 28, 2011

Harap Maaf

Harap maaf! Berita untuk Kejohanan Ragbi 10 sepasukan Melaka Maju akan diupload tidak lama lagi. Kami mempunyai masalah gambar dan masalah teknikal. Kami akan sedaya upaya menyelesaikan masalah ini.

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI


Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua ruggers Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. Semoga selepas raya ini kita akan kembali lebih bersemangat untuk menyertai tournament2 yang bakal menjelang.

Friday, August 26, 2011

Berakhirnya Kejohanan Gilang Gemilang SBP 10's

Pasukan ragbi Sisme Scorp telah menghantar pasukan ke kejohanan SBP 10's. Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini merupakan kejohanan wajib bagi semua Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia. Kejohanan tersebut telah diterajui oleh Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) yang telah menumpaskan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Berikut merupakan keputusan pertandingan kami-
1st day-
SBPIS vs Mozac (7-5)
SBPIS vs Jenan (12-17)
SBPIS vs SMS Kubang Pasu (37-0)
2nd day (BOWL/SHIELD)-
SBPIS vs SMACH (7-0)
(Quater Bowl)
SBPIS vs SEPINTAR (12-0)
3rd day (Semi Bowl)
SBPIS vs SAINA (7-28)

Jumlah perlawanan - 6
Menang - 4
Tewas - 2

Dengan kekalahan kami dengan SAINA maka berakhirlah perjuangan kami di kejohanan SBP 10's. Walaubagaimanapun, menurut jurulatih kami, kami merupakan BATCH yang TERBAIK kerana telah sampai sejauh ini. Tahniah diucapkan. Semoga batch2 yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada kami. Untuk pengetahuan semua, pada tahunhadapan, kejohanan SBP 10's akan diadakan di negeri KELANTAN iaitu di SEKOLAH MENENGAH SAINS FARIS PETRA. Semoga mereka akan lebih bersemangat.
























Saturday, July 16, 2011

Friendly Bersama Alumni










SbPIs: Bertempat Di padang SBPI Selandar, Alumni SISME telah berkunjung ke SBPIS untuk mengadakan program Persabahatan RAgbi untuk menunjukan bakat-bakat yang telah tidak diasah menentang Sisme Scorp tingkatan 4 dan 5.Ex-sisme diketuai oleh kapten Nizam Malik dibantu oleh jurulatih ahmad abu samah telah menunjukan semangat berkobar2 menentang form 4 dan 5.Keputusan adalah seri dimana form 4 berjaya ditewaskan tetapi f5 melipat team alumni semula..Perlawanan persabahatan ini menandakan ex-sisme bakal mempunyai kelab rugby alumni pada masa-masa akan datang di mana kerjasama untuk membentuk pasukan ini dilihat pada tahap terbaek.Ramai star2 rugby zaman sekolah menunjukkan kehebatan seperti nizam batch pertama/kedua berjaya melakukan try pertama untuk alumni belum lagi kelibat bob, ahmad, besi, pau , aizat,rezik, pau dan pemain import seperti azri dan syazwan..Semoga persahabatan seperti ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang..syabas diucapkan

Wednesday, July 13, 2011

KEBANGKITAN RAGBI MALAYSIA: MALAYSIA JUARA ARFU U20 7's

JOHOR BAHRU, 11 JULAI 2011 - SKUAD BAWAH 20 TAHUN MALAYSIA di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan Wan Ibrahim Wan Chik telah berjaya mengharumkan nama negara setelah semalam muncul juara Asian Rugby Junior Sevens Tournament-ARFU U20 7's yang telah berlangsung pada 9 & 10 Julai 2011 di Johor Bahru.

Kejuaraan peringkat Asia tujuh sepasukan bawah 20 tahun ini kali pertama di adakan di Malaysia. Ia telah menampilkan enam (6) buah negara iaitu Hong Kong (IRB World 27), Khazakhstan (IRB World 32), Singapura (IRB World 52) MALAYSIA (IRB World 57), Uzbekistan dan Brunei.

Malaysia U20 cemerlang harungi kejuaraan kali ini dan berjaya menewaskan semua pasukan dalam pusingan awal. Peringkat separuh akhir, Malaysia U20 menewaskan pasukan pilihan, Khazakhstan (40-00) dan mara ke final bertemu Hong Kong.

Pertemuan Malaysia dan Hong Kong amat sengit. Separuh masa pertama Malaysia U20 mendahului Hong Kong dengan mata 15-07 dan hasil persefahaman dan semangat juang yang tinggi, Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong (34-14)

sumber : Sukan Daily

Monday, July 11, 2011

Gambar-gambar Sekitar Royal 7's

Pada 2-3 July 2011 yg lalu, pasukan ragbi SBPIS telah menghantar pasukan ragbi u-16 ke kejohanan Royal 7's di Negeri Sembilan. Bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Pasukan SBPIS telah menyertai kategori bawah 19 tahun. Kami kecundang pada peringkat Semi Shield.




paan ready





anda mungkin nak tackle topic nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...