Sunday, April 25, 2010

Pra-sukma melaka



Politeknik merlimau: Kejohanan Pra-sukma ragbi telah diadakan di pdg poli merlimau melaka..pasukan Mss melaka Telah mengambil bahagian.MSS Melaka mara sehingga suku akhir plate.

Sunday, April 4, 2010

Perlawanan persahabatan


sbpis: pasukan u-18 sbpis telah mempersiapkan pasukan untuk kejohanan u-18 MSSMNM.Kejohanan akan berlangsung pada 7-8/5/2010.Berikutan itu pasukan ini telah mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan untuk membentuk pasukan yang kuat.keputusan perlawanan persahabatan seperti di bawah

sbpis vs Smk Alaudin = 3-0
sbpis vs mozac =0-0
sbpis vs poli merlimau = 5-2
sbpis vs utem =0-0
sbpis vs teknik jasin(1) = 1-0
sbpis vs exsbpis = 4-1
sbpis vs teknik mlk tgh =5-0
sbpis vs teknik jasin(2) = 3-0
sbpis vs ex rugby mlk 2-0
sbpis vs munshi abdullah 2-0

( 1 try mewakili 5 mata..convert tidak di kira )
Komen Pengurus
-turun training
-semangat untuk menjadi johan CUP masih belum kelihatan

Komen Jurulatih
-Tidak mengikut planing
-main ikut suka hati
-flow bola x cantik ..main spt team ayam jek..

Citer dulu-dulu





Kebangsaan
Pertandingan Ragbi MSSM-Milo anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2009 telah selesai diadakan di Kota Baharu Kelantan pada 19- 23 November. Pertandingan ini disertai oleh 24 buah sekolah yang telah menjadi johan dan naib johan negeri masing-masing. Sebanyak 11 buah sekolah SBP telah berjaya mewakili negeri ke kejohanan ini. Pertandingan ini telah dimonopoli oleh SBP apabila Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban Negeri Sembilan telah menjadi johan dengan mengalahkan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Kedah. Tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Selangor dan tempat keempat Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor. Tahniah dan syabas, sesungguhnya SBP terus cemerlang dalam acara ragbi di Malaysia.


Zon Selatan


Kejohanan Ragbi SBP 10 's B-15 Zon Selatan telah diadakan pada 23-25 Oktober 2009 yang dianjurkan oleh Sekolah Menenengah Sains Johor dengan kerjasama Unit Kokurikulum SBP. Ia melibatkan 10 buah pasukan ragbi dari 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Objektif kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat baru dikalangan pelajar SBP selain dari memenuhi aktiviti selepas PMR.

Perlawanan akhir kejohanan tersebut telah diadakan pada 25 Okt 2009 bertempat di Padang A Sekolah Menengah Sains Johor. Bagi kategori plate SBPI Selandar menjadi johan setelah mengalahkan SBPI Jempol 26-0. Manakala Kategori Cup SMSJ A telah menjadi johan setelah mengalahkan

SAKTI A dengan keputusan 8-5.

anda mungkin nak tackle topic nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...