Monday, June 28, 2010

8 Tips menjadi Coach rugby terbaik!!!




1. Drills teach technique not decision making
Drills boleh mengajar pemain cara cara yang betul untuk melakukan teknik seperti kemahiran menyepak, menangkap , membuat hantaran dan sebagainya. tetapi sebenarnya drill tidak boleh membina keupayaan membuat keputusan yang tepat semasa dalam permainan- seperti kemana harus disepak dan kemana harus pemain itu membuat hantaran. Jadi coach yang hanya menyediakan pasukannya dengan sesi drill hanya menyediakan separuh sahaja kemahiran kepada pemain2 nya. pemain2 saya sendiri kadang2 tidak tahu kemana harus di passing bola dan kapada siapa sepatutnya bola di beri jadi selain drill coach juga seharusnya menerangkan kpd pemain kepada siapa harus dia memberi bola dan kenapa.

2. Encourage Team Play
Satu kerja yang sukar bagi mana2 coach yang mahu mengajar pemain2 yang baru hendak berjinak dengan permainan ragbi.tetapi kita sebagai coach haruslah menghadkan masa kepada pemain untuk berlari semasa memegang bola. Selepas beberapa tempoh waktu kita akan dapat lihat bagaimana mereka akan belajar bagaimana membuat hantaran disamping support rakan2 mereka sendiri. perkara ini memang mengambil masa. Jadi usah kita bimbang kerana permainan ini adalah satu permainan yng bukan boleh dimahirkan dalam jangka tempoh yang pantas

3. Keep them moving

pemain-pemain tidak seharusnya dibiarkan berdiri menunggu giliran semasa kita membuat sesuatu kemahiran kepada pemain2 lain. sekiranya pemain2 ini menunggu sehingga lebih dari 30 saat mereka akan nula hilang tumpuan. jadi coach seharusnya merancang untuk melibatkan pemain dengan drill yang berterusan dan melibatkan semua pemain tanpa mengira posisi mereka. secara alternatifnya kita haruslah merancang second drill untuk kemahiran yang berbeza dari kemahiran pertama tadi seperti quick handling dan passing the ball. sekiranya kita leka pemain2 akan mula bercakap2 sesama mereka dan mula hilang tumpuan

4. seimbangkan antara kerja keras dan keseronokan
Selalulah ingat yang setiap latihan yang kita kendalikan dengan memberi mereka satu sessi latihan yang keras tanpa memberi mereka peluang untuk senyum , ketawa atau berehat akhirnya kita akan dapati mereka akan mula bosan dan memberontak.

5. kepimpinan melalui teladan
sebagai jurulatih remaja kita seharusnya menjadi contoh kepada pemain2 untuk menarik kepercayaan dan hormat mereka kepada kita.jadi sebenarnya pemain2 remaja ini sebenarnya mahu kita menjadi role model kepada mereka. bagaimana caranya, mudah sahaja, cara kita berpakaian, attitude kita adalah contoh terbaik untuk mereka ikut.semasa latihan , tunjukkan contoh seperti proper dress dan memakai kasut yg sesuai, jgn sekali2 memakai kasut selipar semasa latihan

6.Penumpuan
tumpuan remaja ini sangat kurang berbanding pemain2 dewasa. sentiasa bersedia untuk berubah kepada drill yang seterusnya jika kita merasai sebahagian besar pemain sudah mula hilang tumpuan semasa latihan. rancang kemahiran yang teratur sebelum turun latihan, kerana pemain akan sentiasa menunggu kelainan dari kita sebenarnya.kemahiran yang sama membuatkan mereka akan merasa bosan.

7. The importance of ball skills

mulakan setiap sesi latihan dengan handling drill. Encourage mereka untuk membeli sendiri bola setiap seorng supaya mereka dapat membawa kemana sahaja dan bermain2 dirumah. dengan ini akan menjadi satu budaya kepada mereka dirumah semasa musim cuti sekolah atau semasa tiada latihan dipadang sekolah.dengan ini akan dapat meningkatkan keyakinan mereka secara tidak langsung.

8.Pemain2 remaja tidak suka fitness
budak2 memang tidak suka dengan latihan fitness. bagai mana cara mengatsinya ialah dengan merangkumkan semua sesi kecergasan ini dengan drill supaya mereka kurang merasai kepayahan fitness ini.kurangkan sedikit masa rehat mereka dan cuba merancang drill yang merangkumi fitness sekali tanpa mereka sedari.

No comments:

Post a Comment

anda mungkin nak tackle topic nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...