Monday, May 9, 2011

Ragbi Liga Alumni 2011 : 11hb Jun hingga 12hb Disember 2011

Ragbi Liga Alumni 2011 : 11hb Jun hingga 12hb Disember 2011

by Liga Alumni on Monday, May 2, 2011 at 7:08am

Ragbi Liga Alumni 2011 : 11hb Jun hingga 12hb Disember 2011

Senarai Awal pasukan-pasukan bertanding :

  1. Ansara - Maktab Rendah Sains MARA
  2. ExSAS Eagles - SMS Sultan Haji Ahmad Shah
  3. HSKOBA Ostrich - SMK Tinggi Klang
  4. KD Tytan - SMK Seksyen 10 Kota Damansara
  5. Kusses Barbarians - SMS Kuala Selangor
  6. KYSER Unicorns - Kolej Yayasan Saad
  7. MCOBA Tortoises - Maktab Melayu Kuala Kangsar
  8. OAC - SMK Anderson
  9. OGA Cougars - SMK King George V
  10. OLA Klang - SMK La Salle Klang
  11. OPA - Maktab Tentera Di Raja
  12. RIOBA - SBPI Rawang
  13. Sajoha Vikings - SMS Johor
  14. Saser - SMS Tuanku Munawir
  15. SDAR Lions - Sekolah Datuk Abdul Razak
  16. Sek19 Shah Alam - SMK Seksyen 19 Shah Alam
  17. Semashur - SMS Hulu Selangor
  18. Sesma - SMS Sultan Mahmud
  19. SHOBA - SMK Tinggi Setapak
  20. SMIOB Dugongs - SMK St Michael
  21. SMSOB - SMS Selangor
  22. STAROBA Orange - Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  23. STJOB Warriors - SMS Tuanku Jaafar
  24. XSSAAS - SMK Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam
  25. exSel - SBPI Selandar

Mesyuarat Pengurus Pasukan pada jam 8mlm 13hb Mei 2010. Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Yuran Penyertaan

Yuran Penyertaan – RM300 setiap pasukan.

Yuran Permainan – Dikongsi sama rata di antara kedua-dua pasukan bagi setiap perlawanan.

Format Pertandingan

  • Format pertandingan akan ditetapkan di dalam mesyuarat pengurus tertakluk kepada bilangan pasukan.
  • Pertandingan akan berlangsung di dalam 2 peringkat : Peringkat Liga dan Pusingan Kejuaraan
  • Peringkat Liga merebut Perisai Shukri bagi Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3 dari 11hb Jun hingga 30 Julai 2011.
  • Pusingan Kejuaraan bagi merebut Perisai Perdana dan Gelaran Johan Perdana dari 1hb Oktober hingga 21hb Disember 2011.

Kelayakan Pemain

  1. Setiap pasukan perlu mendaftar tidak lebih daripada 35 pemain yang mana sekurang-kurangnya 18 orang mesti terdiri daripada ahli-ahli persatuan sendiri.
  2. Pasukan-pasukan yang menjadi ahli gabungan mana-mana Kesatuan Ragbi dibenarkan menurunkan pemain-pemain berdaftar KRM mereka bagi tahun 2011 tertakluk kepada syarat-syarat 4 & 5 di bawah.
  3. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 8 orang pemain jemputan tertakluk kepada syarat-syarat 4 & 5 di bawah.
  4. Pemain yang mewakili pasukan-pasukan negara dan senior negeri serta terlibat di dalam kejohanan peringkat kebangsaan anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia bagi tahun 2010-11 tidak dibenarkan mengambil bahagian melainkan mereka merupakan ahli Persatuan Alumni terlibat DAN merupakan pemain berdaftar semasa Kelab di bawah skim pendaftaran pemain Kesatuan Ragbi Malaysia DAN Kelab Ragbi Alumni merupakan ahli gabungan Kesatuan/Persatuan Ragbi tempatan.
  5. Pemain yang terlibat di dalam pertandingan NICC 2010-11 dan Kejohanan Kebangsaan peringkat junior diberikan kelonggaran untuk mewakili persatuan alumni sendiri sahaja.
  6. Pemain mesti terdiri daripada warga negara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas atau telah tamat menduduki peperiksaan SPM.
  7. Pemain mesti bebas daripada hukuman gantung Kesatuan Ragbi Malaysia dan ahli-ahli gabungannya.

No comments:

Post a Comment

anda mungkin nak tackle topic nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...